#Coronavirus: Presiden hospital Wuhan meninggal dunia akibat Covid-19 - pakdin.my

PRESIDEN Hospital Wuhan Wuchang di wilayah Hubei di China, Liu Zhiming, meninggal dunia akibat dijangkiti koronavirus (Covid-19), pada pukul 10.30 pagi Selasa.

China Central Television melaporkan Liu meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru (pneumonia).

Hospital yang terletak di Jalan Yangyuan di daerah Wuchang merupakan salah satu daripada tujuh hospital yang direka untuk merawat pesakit koronavirus di Wuhan.

Menurut laporan media Wuhan, Liu merupakan figura yang disegani dalam bidang neurosurgeri.

Pada Jumaat lalu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada sidang media memberitahu seramai 1,716 petugas perubatan disahkan dijangkiti virus itu setakat 11 Februari.

Daripada jumlah itu, enam pesakit meninggal dunia. – China Daily/Asia News Network

UTAMADUNIA#Coronavirus: Presiden hospital Wuhan meninggal dunia akibat Covid-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium