25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

#Coronavirus: Satu lagi kes positif di Malaysia, jumlah kini 19 orang

Satu lagi kes positif virus COVID-19 disahkan, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 19, setakat 3 petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, yang merupakan rakan kepada kes ke-14 dan anak kepada kes ke-16.

Beliau berkata wanita itu bersama empat individu lain tiba di Malaysia dari Wuhan, China pada 25 Jan lepas.

“Sebaik sahaja dua kes terdahulu dikesan positif (kes ke-14 dan 16), masing-masing pada 5 Feb dan 7 Feb, wanita itu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan.

“Hasil pemantauan berterusan terhadap wanita itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai, mendapati beliau mula mengalami gejala demam dan batuk pada 12 Feb lepas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata wanita itu dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan dan siasatan selanjutnya.

Beliau berkata ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 yang dijalankan terhadap wanita itu dilaporkan positif pada hari yang sama.

“Wanita itu kini dimasukkan ke wad isolasi di HKL dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) Kementerian Kesihatan (KKM) digerakkan sejak 6 Feb, susulan Misi Bantuan Kemanusiaan bagi membawa pulang rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka dari Wuhan, China pada 4 Feb.

Katanya, pasukan itu memberi perkhidmatan sokongan psikososial kepada individu yang diletakkan di bawah perintah pemantauan, petugas KKM dan agensi lain yang turut sama terlibat.

“Aktiviti termasuk sesi bantuan asas psikologi (PFA) kelompok dan individu, kaunseling dan rujukan kepada pakar sekiranya perlu.

“Buat masa ini, terdapat dua kes dirujuk untuk menerima rawatan lanjut, kerana stres akut dan keresahan. Mereka diberikan ubatan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Bantuan PFA turut diberikan kepada anggota kesihatan di lapangan, meliputi anggota kesihatan yang mengendalikan kes di wad isolasi hospital terlibat, katanya. — Bernama

Berita Berkaitan

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor,...

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...