MATA MEMBAWA MAUT: Coronavirus tersebar melalui mata, topeng tidak berguna – kata pakar

Dr Wang Guangfa berteori bahawa virus mungkin boleh merebak melalui mata | pakdin.my

Seorang pakar mendakwa bahawa virus maut Coronavirus boleh tersebar melalui mata mengidap penyakit itu, walaupun memakai topeng pelindung muka.

Dr Wang Guangfa mengeluarkan teori coronavirus yang sama boleh dihantar melalui mata selepas ujian positif berikutan jangkitan mata.

Wang adalah diantara orang utama dalam mengetuai usaha melawan virus SARS yang mencengkam China pada tahun 2003.

Doktor itu mengatakan dia percaya dia menghidap virus itu kerana tidak memakai kacamata pelindung.

Beliau dikritik apabila dia mengidap virus itu dua minggu lalu setelah mengatakan ia dapat dicegah dan dikawal.

Walau bagaimanapun, walaupun melakukan usaha terbaik beliau pula jatuh sakit.

Wang berkata: “Pada masa itu kami sangat berhati-hati dan memakai topeng N95.

“Tetapi saya tiba-tiba menyedari bahawa kami tidak memakai cermin mata pelindung.”

Selepas pulang ke Beijing dari melawat klinik di Wuhan – di mana virus itu berasal – dia mengalami konjungtivitis di mata kirinya selepas beberapa jam.

Doktor tersebut kemudiannya diserang demam, tetapi mengatakan dia menganggap dia mengalami selesema kerana tidak ada bukti yang menghubungkan jangkitan mata dengan penyakit itu dalam penyelidikannya.

Tetapi apabila ubat flu gagal menyembuhkan, Dr Wang memilih untuk menjalani ujian coronavirus yang disahkan positif.

Pakar mendakwa berkemungkinan besar penjelasan untuk ini adalah penyakit pernafasan yang boleh merebak melalui mata.

Pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Li Lanjuan menasihatkan kakitangan perubatan yang sentiasa berhubung dengan pesakit coronavirus untuk memakai pelindung mata, tetapi orang ramai cukup dengan hanya memakai topeng muka. – TheSun UK

Dr Wang Guangfa