Coronavirus tiada vaksin, jaga kebersihan

Tiada ubat atau vaksin yang boleh melindungi manusia daripada terkena jangkitan coronavirus atau 2019-NoV.

Disebabkan itu orang ramai dinasihati agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan mencuci tangan dengan sabun dan air.

”Tiada vaksin boleh mencegah coronavirus kerana virus ini spesis baru yang belum pernah ditemui manusia,” catat KKM di Twitter.

Wabak 2019-nCoV dilapor mula tersebar di Wuhan, China sejak awal bulan ini apabila beberapa individu memiliki simptom seperti pneumonia.

Penjualan haiwan liar termasuk ular dan kelawar di pasar untuk dijadikan makanan eksotik dipercayai punca wabak tersebar kepada manusia.

China mengesahkan sehingga kini 571 kes dan 17 kematian dicatatkan.

Kes sama turut berlaku di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Akhbar melaporkan terdapat empat kes disyaki coronavirus, dua di Sabah dan Selangor. Namun ujian terhadap individu terbabit disahkan negatif.

Berkaitan