31.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 27, 2021

Costa Rica atasi Itali, mara ke peringkat kalah mati #PialaDunia2014

pialadunia2014-costarica-italy-1a

Costa Rica menewaskan Itali 1-0 pada perlawanan Piala Dunia, Kumpulan D di Arena Pernambuco, Brazil, sebentar tadi.

Gol kemenangan Costa Rica dijaringkan Bryan Ruiz pada minit ke-44.

Kemenangan itu membolehkan Costa Rica menduduki tempat teratas kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan dan layak ke pusingan kalah mati.

Kekalahan Itali juga bermakna England yang tewas dua perlawanan tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini.

Itali dan Uruguay yang masing-masing memiliki tiga mata daripada dua perlawanan akan menentukan pasukan yang akan mengiringi Costa Rica pada peringkat seterusnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.