Covid-19: 15 kluster baharu, 10 berkaitan tempat kerja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 15 kluster baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini sebanyak 2,060 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kluster baharu itu, empat kluster di Selangor manakala tiga di Johor dan masing-masing satu di Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sabah, Perak, Pahang serta Sarawak.

Katanya, terdapat 10 kluster berkaitan tempat kerja manakala empat kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.

10 kluster tempat kerja 247 kes.
4 kluster komuniti 18 kes
1 kluster keagamaan 18

Kluster tempat kerja (10 kluster 247 kes)
Tapak Bina Persiaran Setia Dagang (7)
Jalan Enam Selatan 1A (18 kes),
Jalan Cemerlang Elektrik (18)
Tasek Raja (34).
Jalan Segambut Lentang (24),
Perusahaan Maju Enam (9),
Dah Charok Bemban (34),
Kalabakan Selatan (22),
Industri Kledang Satu (21)
Sungai Isap Perdana (60)

Kluster komuniti (4 kluster 84 kes)
Jalan Tahir Manan (24)
Jalan Dato Permaisuri (31)
Jalan Selendang (12)
Jalan Sekuntum (17).

Kluster keagamaan (1 kluster, 18 kes)
Desa Pinggiran Putra (18)

Berkaitan