Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Global

All countries
245,971,755
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
All countries
221,190,733
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
All countries
4,991,218
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Covid-19: 20 kes hari ini, 11 kes daripada Kluster Tawar, Kedah

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara melonjak hari ini dengan merekodkan 20 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,149 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes baharu itu, 13 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 20 kes termasuk 11 kes daripada Kluster Tawar di Baling, Kedah. Satu lagi kluster baharu dikesan, Kluster Muda, juga di Kedah.

“Daripada 11 kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, lima kes adalah petugas hospital dan seorang lagi pesakit yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster ini. Selebihnya ahli keluarga dan majikan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan ada tujuh kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,828 kes, 96.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 9,149 kes kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 196 kes.

“Sehingga kini, empat kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu lagi memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 125 kes, 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021