COVID-19: 205 kertas siasatan telah dibuka berkaitan berita palsu – Zahidi Zainul Abidin - pakdin.my

TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI – MCMC

Salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.

Kini kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 oleh sebab COVID-19.
Saya sedar akan keresahan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi ini.

Ditambah pula dengan penularan berita-berita palsu yang tidak diketahui kesahihannya.

Justeru, selaku Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) merangkap Ahli Parlimen Padang Besar, saya ingin mengajak semua untuk sama-sama menyahut Kempen “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Saya difahamkan sehingga 9 April 2020, sebanyak 205 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan MCMC berkaitan berita palsu COVID-19.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 23 kes telah didakwa di mahkamah.

Orang ramai diingatkan supaya jangan sesekali menyebarkan berita palsu atau anda akan berdepan tindakan tegas daripada PDRM dan MCMC.

Rajin-rajinlah menyemak kesahihan berita menerusi portal Sebenarnya.my atau boleh rujuk Pemakluman Berita Palsu oleh Pasukan Respons Pantas menerusi Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram Rasmi KKMM.

Saya cukup faham kesukaran yang dihadapi pengguna ketika ini namun #KitaMestiMenang jika kita #StayAtHome dan #TidakPastiJanganKongsi.

Jadilah Pengguna Internet yang Bijak!

Sekian, terima kasih.

YB DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

UTAMABERITACOVID-19: 205 kertas siasatan telah dibuka berkaitan berita palsu - Zahidi Zainul...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium