34 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 6, 2021

Covid-19: 5 negara Arab catat peningkatan kes

  • Negara tersebut Algeria, Mesir, Maghribi, Iraq dan Jordan
  • Tertinggi di Algeria dengan 2,534 kes dan 367 kematian

ISTANBUL: Lima negara Arab melaporkan peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

Di Algeria, 116 kes baru dicatatkan menjadikan keseluruhan 2,534 manakala 894 pesakit sembuh. Tiga lagi kematian dilaporkan, keseluruhan berjumlah 367 orang.

Di Mesir, 19 kematian lagi dilaporkan, keseluruhan berjumlah 224 dengan 3,032 kes jangkitan.

Dua kematian dilaporkan di Maghribi, merekodkan korban setakat ini seramai 137 orang, manakala jumlah kes jangkitan 2,685.

Di Iraq tambahan 1 kematian menjadikan keseluruhan 82 orang dan 1,513 kes.

Sementara di Jordan kes postif meningkat kepada 423, tambahan sebanyak 6 lagi kes.

Sejak pertama kali dikesan di China Disember lalu, Covid-19 mengancam sekurang-kurangnya 185 negara serta wilayah di dunia, menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.