Covid-19: Bendera kejayaan menentang Covid-19 dikibar Julai ini?

Kehadiran bulan Julai pasti dinantikan apabila negara diramal bebas daripada pandemik Covid-19 setelah ‘berperang’ sejak Januari tahun ini.

- Advertisement -

Namun, itu semua terletak kepada kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengejar sifar kes Covid-19 berbanding satu atau dua angka ketika ini, sekaligus menyertai negara lain yang telah mengibarkan bendera kejayaan melawan Covid-19.

Keyakinan itu disandarkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya pada Rabu bahawa sasaran itu dapat dicapai pada pertengahan Julai berikutan angka kes jangkitan baharu yang kecil, disertai jumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospital yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.

Seperti semalam, kes baharu Covid-19 kekal mencatatkan satu angka iaitu enam kes, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 244 kes dan dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,596 kes, selain tiada kematian dicatatkan menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Tumpuan penjagaan kesihatan dan pencegahan penularan bukan hanya tertumpu kepada rakyat Malaysia sahaja malah turut dihala kepada warga asing yang berada Malaysia secara sah selepas masalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diselesaikan.

Apabila kes semakin terpencil dan berada di tahap yang boleh dikawal, pelbagai aktiviti membabitkan orang awam kini boleh dilakukan termasuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada akhir Julai ini untuk kawasan Wilayah Persekutuan dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media pada Rabu berkata kebenaran itu untuk semua masjid, surau serta kawasan yang di Wilayah Persekutuan, dan perlu mengikut panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berita gembira turut disampaikan beliau kepada mereka yang ingin bertunang dan berkahwin apabila kebenaran telah dibenarkan mulai 1 Julai ini selain majlis berkaitan keagamaan serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir.

Moga Julai datang membawa seribu makna dan keberkatan kepada Malaysia berlapikkan normal baharu dalam memastikan negara bebas sepenuhnya daripada penularan pandemik Covid-19. ― Bernama

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

Jualan kereta Proton melonjak pada Jun 2020

Proton Holdings Bhd mendapat manfaat susulan peningkatan jualan kereta sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun apabila kereta jenama nasional itu diunjur...

Bersatu, PAS tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak – Dr James Masing

Seorang pemimpin Sarawak berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) akan datang...

Tok Mat tak setuju PN guna lambang baru pada PRU15

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat) tidak bersetuju Perikatan Nasional (PN) bertanding sebagai gabungan tunggal yang menggunakan lambang baru pada pilihan raya umum...

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?