34.1 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

Covid-19: Hulu Selangor kini zon hijau

SELANGOR terus menunjukkan perkembangan positif dalam kes Covid-19 apabila Hulu Selangor memasuki zon hijau selepas tiada kes baharu direkodkan sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Berdasarkan maklumat dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Facebook (FB), daerah itu sebelum ini berada dalam zon kuning dengan dua kes aktif manakala secara keseluruhan merekodkan 75 kes positif.

Setakat ini, Selangor mencatatkan 56 kes aktif membabitkan lapan daerah selain Hulu Selangor.

“Pada hari ini, pertambahan dua kes baru menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 1,998 kes.

“Warga Selangor seharusnya menjadikan normal baharu sebagai secara rutin. Sikap sebegini mampu meminimumkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Selain itu, menerusi maklumat dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di FB, pertambahan dua kes baharu hari ini membabitkan kes tempatan.

“Dua kes baharu berkenaan masing-masing satu kes di mukim Labu (saringan kontak rapat) dan satu kes di mukim Kuala Selangor membabitkan saringan Acute Respiratory Infection (ARI) Covid-19.

“Pertambahan sembilan kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, lapan daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Sepang (13), Gombak (12), Sepang (12), Kuala Langat (11), Hulu Langat (9), Kuala Selangor (4), Petaling (3), Sabak Bernam (3) dan Klang (1).

Sehingga kini, Selangor merekodkan sejumlah jumlah 1,802 kes sembuh dan kekal dengan 24 kematian.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.