27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

COVID-19: Hulu Selangor paling patuh PKP di Selangor

  • Hulu Selangor mencatatkan 27 kes positif COVID-19: 16 Serendah, 8 Batang Kali dan 1 di Ampang Pecah, Hulu Bernam dan Kalumpang
  • Tiada sebarang tangkapan dibuat sejak penguatkuasaan PKP
  • Terdapat tujuh sekatan jalan raya yang diadakan sejak 18 Mac lalu

HULU SELANGOR: Hulu Selangor boleh dikategorikan sebagai daerah paling patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor.

Sehingga hari ini, tiada sebarang tangkapan dibuat di daerah itu sejak kerajaan menguatkuasakan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 bermula 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata beliau berharap keadaan itu berterusan sehingga PKP Fasa Dua tamat sehingga 14 April ini.

“Saya kagum dan memuji sikap penduduk daerah Hulu Selangor yang sangat patuh kepada arahan kerajaan demi menjaga kesihatan diri dari ancaman wabak Covid-19 ini.

“Anggota kami dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab ketika di semua lokasi sekatan jalan raya, rondaan dan pos kawalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan kenderaan di jalan raya daerah ini pengguna memberikan kerjasama terbaik, memandu berhemah dan sentiasa menunjukkan kebenaran pergerakan yang sah.

Menurutnya, di Hulu Selangor terdapat tujuh sekatan jalan raya yang diadakan sejak 18 Mac lalu dengan dua jalan ditutup sepenuhnya ketika pelaksanaan PKP.

“Sekatan jalan raya diadakan di Plaza Tol Tanjung Malim, Lembah Beringin, Sungai Buaya, Bukit Tagar dan Bukit Beruntung. Sementara dua yang lain di Kilometer 4, Jalan Ulu Yam – Sungai Tua dan Kilometer 34 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

“Jalan yang ditutup adalah di Kilometer 78, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dan susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin iaitu Kilometer 1 Jalan Kerling-Lembah Beringin,” katanya.

Menurutnya, jalan alternatif yang dibuka adalah Plaza Tol Tanjung Malim dan pekan Tanjung Malim-Hulu Bernam sementara operasi dijalankan selama 24 jam setiap hari.

Sehingga semalam, Hulu Selangor mencatatkan 27 kes positif COVID-19 iaitu masing-masing 16 kes di Serendah, lapan di Batang Kali dan satu lagi di Ampang Pecah, Hulu Bernam dan Kalumpang.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan