26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Covid-19: KKM sahkan beberapa staf Hospital Teluk Intan positif virus

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat beberapa kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan (HTI) positif Covid-19.

Tanpa menyatakan jumlah kakitangan yang positif wabak itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan di HTI.

“Pihak pengurusan HTI telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan hospital dan ia menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenal pasti, “ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial menyatakan HTI lumpuh disebabkan enam kakitangan perubatan positif Covid-19 .

Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Katanya untuk sebarang maklumat berkenaan Covid-19 boleh merujuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.

Setakat 12 tengah hari semalam, terdapat 66 kes positif Covid-19 direkodkan di Perak. — Bernama






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan