Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am

Global

All countries
231,471,966
Confirmed
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
All countries
206,430,559
Recovered
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am
All countries
4,744,170
Deaths
Updated on September 24, 2021 11:04 11:04 am

COVID-19: Majlis perkahwinan cetus kluster libat 62 kes di Sabah

KOTA KINABALU  — Satu majlis perkahwinan di Kampung Lima, Nabawan mencetuskan Kluster Lima yang direkodkan hari ini melibatkan jangkitan 62 kes, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata kes indeks kluster komuniti itu adalah seorang lelaki berusia 22 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 20 Ogos selepas mengalami gejala demam, batuk dan sakit sendi.

“Pengesanan aktif dan saringan dilakukan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mengesan 61 kes positif selain kes indeks, manakala ujian saringan 53 individu negatif dan selebihnya masih menunggu keputusan,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Beliau berkata satu lagi kluster direkodkan hari ini ialah Kluster Pin Supu di Kinabatangan iaitu kluster tempat kerja di sebuah ladang kelapa sawit di Mukim Sukau melibatkan 35 kes positif sehingga hari ini.

“Kes indeks adalah pekerja ladang wanita berusia 40 tahun warganegara Indonesia disahkan positif COVID-19 pada 22 Ogos setelah bersimptom. Persampelan terhadap 129 individu mendapati seramai 34 kes positif, selain kes indeks, dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah menerima lebih 1.41 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, Sinovac dan CanSino bulan ini termasuk 515,150 dos yang tiba sepanjang minggu ini, manakala 99,400 dos Pfizer-BioNTech lagi akan sampai dari Kuching, Sarawak dalam dua hingga tiga hari ini.

Beliau berkata sehingga semalam 36.47 peratus daripada penduduk dewasa yang layak divaksin telah melengkapkan vaksin mereka iaitu dua dos untuk vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac, serta satu dos untuk vaksin jenis CanSino.

Sabah mencatat 2,834 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 140,361 kes, manakala 1,077 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 107,589 orang dan seramai 5,007 pesakit sedang menerima rawatan.

Berkaitan