COVID-19: Memahami Mak Cik Kiah penjual goreng pisang - pakdin.my

Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat ;

1. Bayaran Prihatin Nasional = RM1600
2. Baki BSH = RM600
3. Bantuan pesara = RM500
4. Bantuan tunai e-hailing = RM500
5. Bantuan orang bujang = RM800.
6. RELA = RM200

Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

PENANGGUHAN SEWA BELI & PINJAMAN

1. Sewa PPR x 6 bulan = RM744
2. Tangguh bayar loan kereta x 6 bulan = RM1800
3. Tangguh bil elektrik x 6 bulan = RM120
4. Tangguh bayaran balik PTPTN x 6 bulan = RM1200
5. Tangguh bayaran mikro kredit x 6 bulan = RM600

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh
keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum.

* MakCik Kiah jangan seronok sangat sampai pergi kahwinkan anak pula. Kena tangguhkan majlis tu 🤣

Oleh Rezqeen Hill

UTAMAEKONOMICOVID-19: Memahami Mak Cik Kiah penjual goreng pisang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium