25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

COVID-19: Menteri NZ letak jawatan selepas mengaku bawa keluarga berkelah

WELLINGTON: Seorang menteri di New Zealand menawar diri untuk meletak jawatan setelah mengaku melanggar perintah kawalan pergerakan ketika ia dikuatkuasakan di negara itu.

Menteri Kesihatan, Dr David Clark berkata demikian pada Selasa selepas mendedahkan beliau melakukan perjalanan sejauh 20 kilometer ke pantai bersama keluarganya.

Dr Clark mengaku perjalanan itu satu pelanggaran peraturan yang jelas di mana ahli keluarga perlu berada di dalam rumah.

Menyifatkan dirinya sebagai “bodoh” dengan tindakan itu, Clark mengaku sebagai Menteri Kesihatan, beliau sewajarnya menjadi contoh kepada seluruh warga New Zealand. “Pada ketika kami meminta New Zealand untuk membuat pengorbanan, saya telah mengecewakan mereka.

“Saya bodoh dan saya faham mengapa orang akan marah dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata dalam keadaan biasa, beliau akan memecat Dr Clark.

Namun, beliau memilih untuk menurunkan pangkat Dr Clark ke tahap terendah dalam ranking Kabinet dan menarik balik portfolio Kewangan Bersekutunya.

“Apa yang dilakukannya adalah salah, dan ia bukan alasan,” katanya.

“Tetapi, sekarang, keutamaan saya adalah perjuangan kita terhadap COVID-19.

“Kita tidak boleh ada gangguan besar dalam sektor kesihatan atau dari segi tindak balas kita.

“Atas sebab itu, dan sebab itu semata-mata, Dr Clark akan mengekalkan peranannya,” kata Ardern.

Rujukan:
Covid-19: Netizen kecewa dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan langgar PKP

Covid-19: Kalau di negara lain, menteri langgar PKP dah letak jawatan – Khaled Nordin

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan