27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Covid-19: Pekerja 7-Eleven positif virus, outlet ditutup untuk proses sanitasi

KEDAI serbaneka 7-Eleven mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 pada Isnin dan kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, proses sanitasi menyeluruh sedang dijalankan dan outlet itu juga ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Semua yang ada kontak dengan kakitangan kami sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga pelepasan kesihatan diberikan oleh pihak berkuasa.

“Pengesanan kontak secara mendalam juga sedang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujar 7-Eleven menerusi satu kenyataan.

Rangkaian kedai serbaneka itu mengakui pihaknya mengambil langkah menyeluruh dalam mengekang Covid-19.

Selain sanitasi secara biasa, aspek kebersihan kakitangan dan penjarakan sosial turut dititikberatkan. – The Star.

Berita Berkaitan

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan