24.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 9, 2021

Covid-19: Pentadbir sekolah boleh buat keputusan tutup sesi persekolahan? Ini jawab Ismail Sabri

KEMENTERIAN Pendidikan akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan bagi membuat keputusan berkaitan sesi persekolahan berdasarkan perkembangan semasa Covid-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kementerian Pendidikan diberikan kuasa untuk membuat keputusan tentang tindakan seterusnya di sekolah setelah mereka berbincang dengan Kementerian Kesihatan.

“Saya percaya Kementerian Pendidikan pastinya akan mengumumkan sesuatu yang berkaitan dengan sekolah sebab kita tahu berbagai-bagai pandangan daripada rakyat mengenai sekolah ini.

“Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sesuatu dan langkah seterusnya untuk sekolah setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberi kuasa kepada pentadbir sekolah untuk meneruskan atau menutup sesi persekolahan mengikut perkembangan semasa Covid-19.

Pelbagai pihak menyuarakan pandangan mengenai keselamatan kanak-kanak di sekolah susulan penularan kes Covid-19, termasuk adanya pelajar yang dijangkitan seperti di sebuah sekolah di Bangsar, serta beberapa sekolah lain di mana ada dalam kalangan guru dan pelajar serta keluarga mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri. – mstar

Berita Berkaitan

Komen