Covid-19: Perintah berkurung di Britain sehingga 2 Disember - pakdin.my

London: Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengumumkan perintah berkurung baru selama empat minggu di England berikutan jangkitan Covid-19.

Ia adalah langkah sama yang diambil beberapa negara di Eropah untuk melaksanakannya buat kali kedua.

Jangkitan global Covid-19 menghampiri 46 juta orang dengan hampir 1.2 juta kematian dan negara Eropah mengalami lonjakan membimbangkan.

“Sekarang adalah masa untuk mengambil tindakan kerana tidak ada alternatif lain,” kata Johnson.

Perintah berkurung itu bermula pada Khamis lalu hingga 2 Disember ini dan penduduk England mesti tinggal di rumah kecuali untuk bekerja, pendidikan atau latihan.

Jangkitan Covid-19 di Britain melonjak ke angka satu juta pada hari Sabtu.

UTAMADUNIACovid-19: Perintah berkurung di Britain sehingga 2 Disember

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium