Covid-19: Sempadan Selangor – Negeri Sembilan ditutup - pakdin.my

  • Bangi Selatan dalam Hulu Langat yang ada 324 kes, kedua tinggi di Malaysia selepas Lembah Pantai
  • Sampai hari ini kepatuhan pada PKP di kawasan kami cukup tinggi.

MAKA tepat jam 12 tengah malam tadi, rasminya kami yang tinggal di sempadan Selangor-Negeri Sembilan, iaitu Bukit Mahkota dan Nilai 3, terputus hubungan.

Jika lihat map yang memetakan covid mengikut daerah, memang kami berada ditengah-tengah epicentre.

Daerah kami Bangi Selatan dalam Hulu Langat yang ada 324 kes, kedua tinggi di Malaysia selepas Lembah Pantai.

Jiran depan Petaling 296 kes.

Jiran belah kiri iaitu Nilai bawah Seremban mempunyai 162 kes, jiran belah kanan Putrajaya 41 kes.

Jadi kami warga Bangi Selatan iaitu Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra, Bandar Puteri, Kg Bangi Lama, Kg Bahagia, Kg Batu 5 dan lain-lain memang duduk di pusat tersebarnya virus ini.

Menakutkan, tapi terima kasih kepada kerajaan, kepada polis balai Bangi, ATM, Klinik Kesihatan yang bekerja keras untuk memastikan keselamatan kami.

Untuk Seksyen 5, saya boleh kata kami 600 buah rumah ‘green area’ dalam ‘red zone’.

Ada kes gelombang pertama disyaki tapi ujian negatif. Sampai hari ini kepatuhan pada PKP di kawasan kami cukup tinggi.

Semua berkurung di dalam rumah. Sampai tak tahu apa lagi nak kemas, movie apa lagi nak tonton, drama siri mana lagi nak habiskan.

Saya sampai hafal lagu Bella Ciao dalam Money Heist dan berharap musim kelima di percepatkan. Muahaha.

Berpegang pada firman Allah swt, dalam surah yang kita baca selalu, Al-Insyirah atau Alam nasrah ayat 5 dan 6.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Oleh itu, maka (yakinlah) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

Semoga selepas ini kita lebih kuat dan tabah. Amin.

Helme Hanafi

UTAMABERITACovid-19: Sempadan Selangor - Negeri Sembilan ditutup

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium