COVID: Enam kluster baharu libat 130 kes kumulatif direkodkan di Sabah

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

KOTA KINABALU – Sebanyak enam kluster baharu COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini melibatkan 130 kes kumulatif di beberapa daerah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 itu berkata Kluster Sawit di Kinabatangan memiliki jumlah jangkitan tertinggi iaitu 29 kes dalam kalangan komuniti dan tempat kerja di sebuah ladang sawit.

Beliau berkata kes indeks melibatkan seorang kerani wanita berusia 25 tahun yang dikesan melalui saringan masuk kerja di sebuah klinik di Kinabatangan pada Isnin lepas sebelum saringan kontak mendapati 28 lagi kes positif merangkumi 14 jangkitan tempat kerja dan selebihnya tanggungan mereka.

“Semua kes positif kini menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah Kinabatangan… disinfeksi diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Masidi berkata Kluster Tamalang di Kota Belud pula merekodkan 27 kes positif COVID-19 dan berdasarkan maklumat awal, kluster itu tercetus dipercayai susulan aktiviti komuniti antaranya kelas mengaji Al-Quran, latihan dan ujian memandu serta ziarah keluarga dan jiran.

“Kes indeks seorang lelaki berusia 25 tahun dikesan positif pada 27 Mei lepas dan saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif selain sembilan lagi kes daripada kontak sosial di sebuah akademi memandu memandangkan kes indeks menjalani latihan dan ujian memandu di akademi itu,” katanya.

Beliau berkata Kluster Murni C yang dikesan di Nabawan dan Penampang melibatkan 25 kes yang tercetus susulan penganjuran majlis penghormatan terakhir serta pengebumian di Kampung  Murni C pada 20 dan 21 Mei lepas.

“Kluster indeks seorang lelaki warganegara berusia 33 tahun disahkan positif di Klinik Kesihatan Penampang pada 22 Mei lepas dan pengesanan yang dilakukan di dua daerah itu mendapati 24 lagi individu positif virus tersebut,” katanya.

Masidi berkata Kluster Kampung Gusi di Papar pula merekodkan 25 kes yang tercetus susulan aktiviti komuniti serta keagamaan dan kes indeks seorang lelaki berusia 60 tahun bersama isterinya dikesan positif pada 28 Mei lepas.

“Antara yang dikesan positif ialah jemaah Surau Al-Kautsar iaitu tempat kes indeks menunaikan solat Maghrib dan Isyak selain rakan serumah kes indeks tersebut,” katanya.

Beliau berkata Kluster Jalan Utama di Sandakan merupakan kluster tempat kerja di sebuah syarikat insurans melibatkan15 kes dan kes indeks pekerja wanita berusia 51 tahun disahkan positif pada 28 Mei lepas  manakala saringan mengesan tujuh kes kontak kerja, lima kes kontak serumah dan dua kes kontak sosial.

Katanya Kluster Ketiau Tembovo di Putatan pula menyaksikan sembilan kes yang tercetus susulan aktiviti komuniti  serta keagamaan dan kes indeks lelaki berusia 63 tahun dikesan positif pada 29 Mei lepas menjangkiti rakan serumah serta kontak rapat.

— BERNAMA

BACA juga:

Leave a Reply