Cuaca Panas Dan Kering Berterusan Hingga September #pakdin.my

cuaca-panas-malaysia

Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi cuaca lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara, ketika ini.

Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Che Gayah Ismail, berkata musim monsun itu membawa cuaca panas serta kering dan musim kemarau diramalkan berlanjutan hingga September.

“Hanya ada sedikit hujan, terutama pada awal pagi di kawasan pantai dan kawasan di selatan Selangor,” katanya sambil menjelaskan keadaan cuaca mungkin bertambah buruk serta mengakibatkan jerebu jika berlaku pembakaran terbuka secara berleluasa.

Che Gayah menambah keadaan berjerebu beberapa hari ini mungkin kerana tiada hujan sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, ia bukan berpunca daripada aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung di Sumatra Utara, walaupun abu gunung berapi menuju ke arah tengah Semenanjung Malaysia dengan ketinggiannya ketika melalui Semenanjung adalah lebih 6,000 kaki (lebih 1,800 meter).

Berkaitan