Cuaca Panas – Peka Tanda Awal Strok Haba - pakdin.my

cuaca-panas-air

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius.

Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal strok haba ialah kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain, otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.

Situasi itu dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

 

UTAMACuaca Panas - Peka Tanda Awal Strok Haba

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium