Cuba Bunuh Ketua Pemuda UMNO Kepong,Jurujual Dipenjara 12 Tahun - pakdin.my

Cuba Bunuh Ketua Pemuda UMNO Kepong,Jurujual Dipenjara 12 Tahun

Seorang jurujual pakaian dihukum penjara 12 tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali, tahun lalu.

Hukuman terhadap tertuduh, Mohd Haswan Hashim berkuatkuasa mulai hari ini.

Hakim Manira Mohd Nor juga menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan hukuman selepas dia gagal memberikan alasan yang kukuh.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Haswan bersama seorang lagi tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Cahaya 2, Ampang, pada jam 2.30 pagi, 24 September tahun lalu.

Mangsa mengalami kecederaan parah akibat diserang dengan parang.

 

UTAMABERITACuba Bunuh Ketua Pemuda UMNO Kepong,Jurujual Dipenjara 12 Tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium