Cuba Hidupkan al-Arqam, pemimpin pembangkang dan 15 Lain Dibebas Dengan Ikat Jamin - pakdin.my


+++++

16 orang termasuk ahli majlis pimpinan tertinggi, Parti Keadilan Rakyat, Dr Badrulamin Bahrom yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, dibebaskan dengan ikat jamin, siang tadi.

Kesemua mereka ditahan malam semalam selepas pihak JAIS menyerbu perhimpunan di Bandar Country Homes, Rawang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat al-Arqam.

Mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Gombak Barat, di Kuang, selepas keterangan mereka selesai direkodkan JAIS.

Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali membenarkan 10 lelaki dan enam wanita itu, dibebaskan dengan jaminan seribu ringgit setiap individu serta seorang penjamin.

Kesemua individu itu disiasat mengikut Seksyen 12-C, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

20 Disember ditetapkan untuk sebutan semula kes.

UTAMABERITACuba Hidupkan al-Arqam, pemimpin pembangkang dan 15 Lain Dibebas Dengan Ikat Jamin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium