Cubaan memecah masuk Madrasah Nur At Taufiq, Bukit Katil

Dipercayai kes cubaan pecah masuk untuk mencuri tabung surau atau barang berharga lain telah berlaku di Surau Nur At Taufiq, Bukit Katil Melaka.

Menurut AJK Surau berkenaan Rahinuddin Rahin, pintu kaca surau berkenaan telah dipecahkan dalam kejadian berlaku malam kelmarin.

“Laporan polis telah dibuat oleh AJK surau berkenaan” kata Rahinuddin Rahin

Beliau juga menyangkal catatan di media sosial yang mengatakan surau berkenaan telah dibaling batu oleh orang yang tidak dikenali.

Loading...