[Video] Penjelasan Nazir Masjid Seri Melati berkenaan video cubaan menculik

Dimaklumkan bahawa, sedang tular di media sosial satu rakaman cctv berdurasi 39 saat berkenaan cubaan menculik seorang kanak kanak di dalam bangunan Seri Melati.

2. Untuk makluman tuan/puan kejadian tersebut berlaku pada 28 Disember 2018 (Jumaat), jam 11 pagi di koridor aras bawah bangunan Masjid Seri Melati sewaktu kursus guru-guru tadika islam di Dewan Utama.

3. Untuk makluman tuan/puan juga, lelaki yang melakukan perbuatan tersebut adalah merupakan seorang lelaki gelandangan berbangsa india OKU mualaf yang berjalan kaki dan sering berkeliaran di sekitar Selayang Jaya dengan meminta duit untuk makan kepada sesiapa yang ditemuinya.

4. Video rakaman CCTV ini diambil setelah pihak masjid menerima laporan daripada ahli jemaah, dan rakaman tersebut telah diserahkan HANYA kepada pihak penganjur untuk dijadikan bukti laporan kepada pihak polis.

5.  Selain dari itu, pihak Masjid Seri Melati juga kerap memperingatkan jemaah yang berkeluarga untuk mengawasi anak masing-masing serta menyediakan kemudahan menyediakan kelas pengajian iqra’ untuk kanak-kanak pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) selepas waktu maghrib untuk keselesaan jemaah yang berkeluarga.

6.  Kenyataan tular yang mengatakan ‘cubaan menculik’ perlu diteliti semula kerana boleh menyebabkan jemaah takut untuk hadir ke masjid. Namun begitu, perbuatan ‘body contact’ yang dibuat boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah.

7. Sehubungan dengan itu, pihak Masjid Seri Melati memohon agar dihentikan sebarang spekulasi berkenaan penularan video ini.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syahdan bin Shamsudin
Timbalan Nazir
Masjid Seri Melati
30 Disember 2018 | 22 Rabiulakhir 1440H

LIHAT video:
https://youtu.be/H6KtTWVDzkk

Rujukan:
[Video] Cubaan menculik kanak-kanak
https://pakdin.my/video-cubaan-menculik-kanak-kanak/

Comments (No)

Leave a Reply