25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Cubaan Rasuah Tunku Aziz ke SPRM: Siapa Yang Akan Mati Lagi?

Khabarnya, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara.   Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya cuba menyelamatkan boss mereka.

Mana tidaknya, apabila veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.

Malah bapanya, Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam hal ini.   Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup.

Jika Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.

Namun, apakan daya, Lim Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya.   Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Tidak pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini.  Tetapi di peringkat awal ini nampak seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.

Bagaimanapun, kita tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh SPRM.

Kita yakin, pada waktu itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu.   Ini kerana, DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran.  Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti.

Dengan SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama mengalihkan isu akan berulang lagi.  Jika sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock, telah ditemui mati, maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini.

Kenapa agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah?  Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan?   Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka sendiri?

Inilah akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak, menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang jawatan tertinggi.

Apapun yang pasti, pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara baru.  Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka memerintah mana-mana negeri pun.

Nampaknya, apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas.  Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi, kiasu, samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.

Justeru, adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT (Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan semakin hari semakin  jelas dan terang benderang.    Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...