26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

CUEPACS Mahu Gred Kumpulan Teknikal Dan Pertanian Dikekalkan Di Bawah SSM

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini kerana tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan.

Beliau berkata di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut Gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17.

“Kita hendak mereka dikekalkan di bawah penambahbaikan SSM. Kita tidak mahu mereka diturunkan gred sebab perkara tuntutan ini sudah lama dibuat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas CUEPACS.

Omar berkata selepas pelaksanaan SBPA, jawatan juruteknik Gred J17 dinaik taraf kepada Gred J27 manakala jawatan pembantu pertanian dan renjer hutan Gred G17 dinaik taraf kepada Gred G27.

Beliau berkata Cuepacs akan mengajukan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara pada pertemuan yang dijadual diadakan minggu depan.

Selain itu, katanya, Cuepacs meminta jawatan yang dijumudkan di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah dikekalkan dan bagi yang tidak cukup syarat, dikecualikan.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan