Cuepacs selar Penang Institute cadang kurangkan penjawat awam - pakdin.my

Datuk Azih Muda mempertikaikan siapa sebenarnya Penang Institute yang sewenangnya mencadangkan supaya jumlah penjawat awam dikurangkan dengan tujuan menurunkan defisit belanjawan negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata kesatuan tidak bersetuju langsung dengan cadangan berkenaan dan menganggap kenyataan badan pemikir kerajaan Pulau Pinang itu “tidak boleh pakai”.

“Dia tak berpijak di bumi yang nyata. Dia pandai bercakap sahaja, dari segi perlaksanaan tak tahu. Bagaimana rakyat nak perkhidmatan kerajaan. Dia lihat dari segi ekonomi, tidak tak melihat dari segi perkhidmatan.

“Kita yang berkhidmat bekerja di bawah untuk rakyat. Rakyat kadang-kadang menunggu untuk dapatkan perkhidmatan daripada kerajaan. Kita hendak beritahu, dia badan pemikir siapa,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penang Institute yang menggesa kerajaan mereformasi dan mengecilkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Selain itu, katanya tindakan itu juga boleh melepaskan bakat dan sumber manusia ke sektor swasta dan menerusi Bajet 2017 juga Penang Institute berpendapat terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Azih berkata Penang Institute tidak mempunyai kapasiti untuk mengemukakan cadangan seperti itu.

“Adakah dia fikir untuk mengisi perjawatan dalam kerajaan ini cukup dengan struktur organisasi, perlu ada justifikasi, ada kewangan, ada matlamat, ada kementerian, ada jabatan,” katanya.


Negara hanya perlu 430,000 penjawat awam, kata Penang Institute

GEORGE TOWN: Badan pemikir Kerajaan DAP Pulau Pinang menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta, kata Penang Institute.

Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali lini berbandung angka tahun lalu.

Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.

Penang Institute ambil maklum belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.

“Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan,” katanya.

Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.

Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.

Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.

Selain itu, sektor swasta negara akan menerima manfaat daripada pengurangan saiz penjawat awam kerana kadar pengangguran yang rendah.

Penang Institut turut mengulas usul melanjutkan pinjaman jangka masa pendek untuk orang awam bagi tujuan pembelian komputer dan motorsikal. Katanya pakar ekonomi tidak menyokong langkah itu kerana ia mmungkin tidak mampan.

“Isi rumah perlukan konsolidasi hutang bagi mengurangkan beban hutang mereka,” katanya.

UTAMAPOLITIKCuepacs selar Penang Institute cadang kurangkan penjawat awam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium