Daftar pemilih tambahan suku kedua 2011 dipamer untuk semakan - pakdin.my

Kepada mereka yang pergi menyertai perhimpunan haram BERSIH tanpa mengetahu apa matlamat perhimpunan tersebut, ada baiknya anda semua pergi semak daftar pemilih tambahan suku ke 2 2011.

Buat lah bantahan sekiranya ada dalam senarai tersebut yang tidak betul sebelum diwartakan. Pihak SPR tidak ada kuasa memasuk dan mengeluar pemilih dari senarai sesuka hati. SPR terikat dengan akta pilihanraya dalam menguruskan daftar pemilih.

Jangan nanti bila sudah diwartakan macam-macam spekulasi yang dbuat.

KUALA LUMPUR 28 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lepas, selain 77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi.

SPR dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara.

Lokasi terbabit meliputi pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna atau rukun tetangga, balai raya, pejabat penghulu dan dewan orang ramai.

Mereka yang baru mendaftar sebagai pemilih atau memohon pertukaran alamat pusat mengundi diminta menyemak daftar tersebut, kata kenyataan itu.

Mereka yang namanya tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar dipamerkan.

SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian 03-88856500 atau faks di 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau layari laman web SPR di www.spr.gov.my

UTAMABERITADaftar pemilih tambahan suku kedua 2011 dipamer untuk semakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium