Dagang Manusia: Untung Bebillion Ringgit Setahun - pakdin.my

Keuntungan diperolehi begitu lumayan, mencecah berbillion ringgit setahun.

Selepas dadah, kegiatan ini boleh dianggap sumber wang haram kedua terbesar diimpikan sindiket.

Justeru, jika tidak segera dibendung, ia bakal menjadi parah.

Siri pertama laporan khas jenayah pemerdagangan manusia bersama Siti Khadijah Jaafar.

SITI KHADIJAH JAAFAR / sitikhadijah@tv3.Com.My
Secara umumnya perdagangan manusia merupakan jenayah yang melibatkan unsur kekerasan, paksaan dan penipuan.
Saban tahun dianggarkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup diseluruh dunia dan 80 peratus daripadanya membabitkan kanak-kanak dan wanita.

Kebiasaanya – sindiket menyeludup mangsa melalui negara transit sebelum ke negara destinasi.

Bentuknya pula merangkumi eksploitasi seks, buruh terikat, pengabdian domestik secara paksa, pemindahan organ dan jual beli bayi.

Statistik Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan, dalam 8 bulan pertama tahun ini, 367 kes berjaya ditumpaskan dengan 524 suspek ditahan .

151 daripadanya sudah dituduh di mahkamah dan 34 disabitkan bersalah.

Lebih 2 ribu seratus mangsa pula berjaya diselamatkan dengan 799 mendapat perintah perlindungan.

Sindiket kini cenderung memilih laluan masuk menerusi pintu sempadan negara, alternatif selepas KLIA dan LCCT dikawal ketat .

DATUK ALIAS AHMAD / KETUA PENGARAH JABATAN IMIGRESEN
Mereka menggunakan juga pintu masuk darat melalui pintu masuk utara jadi kita dapati sindiket ini menggunakan ruang darat melalui negara jiran kita belah utara dan bawa masuk pintu darat dan menyeludup mangsa di sempadan kita yang sangat luas.

Justeru, tumpuan penguatkuasaan kini dimantapkan ke beberapa kawasan panas pintu masuk sempadan negara terutama di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Kubur, Kelantan.

Bagi Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein – masalah ini termasuk meminda akta anti-pemerdagangan orang dan anti-penyeludupan migran 2007 secara komprehensif.

Program 6P baru-baru ini juga antara mekanisme membanteras jenayah ini.

Malah, pendekatan berterusan dilaksanakan dan pihaknya juga tidak gentar berhadapan ancaman.

DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN / MENTERI DALAM NEGERI
Kita akan perang habis-habisan untuk memastikan sekurangnya mesej yang jelas kepada sindiket antarabangsa ini jangan melihat Malaysia sebagai negara transit jangan tengok Malaysia sebagai selamat untuk mereka masuk buat perancangan walaupun mereka tak melihat Malaysia sebagai negara sasaran,disini no longer safe place.

UTAMABERITADagang Manusia: Untung Bebillion Ringgit Setahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium