26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan perlu ditangani sebaiknya.

Pembubaran Parlimen diikuti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan jalan terbaik bagi menoktahkan kemelut politik negara dari terus berlanjutan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, menyerahkan kembali mandat kepada rakyat adalah langkah terbaik daripada membiarkan perbuatan melompat parti yang mengakibatkan keadaan politik negara kurang stabil.

“(Tan Sri) Muhyiddin Yassin ada pilihan, dia boleh bubarkan Dewan Rakyat dan pilihan yang terbaik adakan PRU (pilihan raya umum) baru, biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.

“Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik caca marba. Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tertentukan.

“Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli beli dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang bekerja, berwibawa dan berintergriti,” katanya, dipetik dari laporan Malaysiakini.

Anwar dalam sidang media berkenaan di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang selepas beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dimiliki dan memberi alasan adalah lebih wajar jumlah angka sokongan wakil rakyat itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” kata Anwar.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, Anwar perlu membuktikan yang beliau mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baru di Dewan Rakyat.

“Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).

“Kalau ada nombor buktikan dalam Parlimen, tak boleh gegar cakap ada nombor. Jadi, dia tak boleh kata (kerajaan PN) jatuh,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan semua 42 Ahli Parlimen parti itu akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kami mengambil maklum pengumuman tadi bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” ujarnya.

Lim Guan Eng sebelum ini dilaporkan menyokong pencalonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri jika Anwar gagal memperolehi sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan. – SuaraTV

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan