Dah letih bagitau tapi tak serik – Janda rugi RM3,400 layan cinta siber

Berkaitan

Terkini

Mungkin ramai orang Malaysia terlalu bangga dicintai orang yang berhidung mancung. Nak kata tidak berpendidikan tinggi, boleh layan bahasa mereka.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Akibat cinta siber dan terperdaya dengan janji manis akan dihadiahkan berlian bernilai RM1 juta, seorang janda kerugian RM3,400 ditipu oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook.

Janda beranak dua berusia 35 tahun, berasal dari Durian Tunggal di Melaka itu hampir memasukkan RM15,000 lagi dalam akaun bank lelaki dikenali sebagai Ramsey Chriss, 40, selepas berkenalan sejak awal bulan lalu dan menjalin hubungan cinta dalam laman sosial itu.

Menyedari dirinya ditipu lelaki yang mendakwa duda beranak dua itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Laham ketika mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply