Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Malaysia

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Global

All countries
228,421,913
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
All countries
203,280,138
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
All countries
4,692,937
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Daim akui ada bank di Tanzania, apa masalah Anwar?

“Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini kaki goreng,” kata Daim

daim-anwar

“Memang saya ada bank di Tanzania…jadi apa masalahnya?,” itu reaksi bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin kepada dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Daim mengakui beliau memiliki sebuah bank di Tanzania namun ia tidak melibatkan sebarang penyelewengan.

Kata Daim, jika Anwar mempunyai bukti berhubung perkara itu, ketua pembangkang di Dewan Rakyat itu sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

Justeru Daim menyifatkan Anwar hanya “kaki goreng”’ kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara sejak 1999 tetapi hingga kini tidak berbuat apa-apa.

“Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya.

“Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

“Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini kaki goreng,” kata Daim seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) lewat petang Selasa.

Menurut Daim, Anwar pernah menjalankan siasatan ke atasnya ketika ketua pembangkang itu berada dalam Kabinet dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri pada waktu itu.

“Apa Anwar buat? Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya.

“Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

“Masa tu dia (Anwar) menteri kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul,” kata Daim lagi dalam laporan tersebut.

Anwar dalam laporan llidah rasmi PKR, KeadilanDaily Isnin lalu berkata, beliau mengesyaki Daim menyalahguna kuasa melalui penubuhan bank di Tanzania itu.

Anwar mendakwa mengetahui mengenai penubuhan bank di Tanzania itu melalui gabenor bank negara tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.

“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

“Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.

“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan pertemuannya,” lapor Keadilan Daily, memetik kenyataan Anwar.

Anwar seterusnya membangkitkan mengenai penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan bank tersebut, dalam satu kejadian didakwa di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Daim selanjutnya mempersoalkan dakwaan Anwar satu ketika dulu kononnya beliau mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik negara.

“Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu,” kata Daim.

Berkaitan