Daim berang dengan KP SPRM, Shukri Abdull kerana malukannya di China - pakdin.my

Wayang dari #KERAjaanTomato bila berada rundingan akan gagal kerana hendak menyelitkan kroni dan ‘mark-up’ harga setiap projek dengan China.

Daim Zainuddin di layan oleh Menteri Luar Negeri China, Wang Yi semasa disana dan bukan oleh Menteri yang berkaitan ekonomi atau perdagangan apatah lagi oleh Perdana Menteri China.

Amat malu. Belum pun selesai isu rundingan antara Malaysia dan China tidak diketahui arahan siapa, SPRM menyerbu 13 lokasi Lembah Kelang mengenai projek ECRL, Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

………………

KUALA LUMPUR : Tun Daim Zainuddin ke China bagi perbincangan semula pinjaman dan kontrak Malaysia dengan syarikat negara itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Daim, ketua Majlis Penasihat Kerajaan, bersama beberapa pegawai ke Beijing dan membawa perutusan daripadanya.

“Apa yang cuba dilakukan beliau ialah runding semula [perjanjian], kita dapati ia terlalu mahal dan sebahagian wang [pinjaman] itu tidak  diperlukan,” kata perdana menteri

Pada 6 Julai lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan penggantungan 3 kontrak dengan syarikat China, 2 daripadanya melibatkan projek paip gas yang dikendalikan oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kos akhir ECRL ialah RM81 billion dan projek itu hanya akan diteruskan jika kosnya dapat dikurangkan. Bagaimanapun Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini berkata kos ECRL ialah sebanyak RM55 bilion.

Hubungan Malaysia -China semakin tegang apabila Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengarahkan kontraktor utama, China Communication Construction Company (CCCC) menghentikan kerja-kerja kontrak yang dijalankan.

Daim dilapor bertemu Perdana Menteri China Li Keqiang namun media hanya mengesahkan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri China, Wang Yi di Beijing.

Bagaimanapun Daim sangat malu apabila pertemuan itu disambut pula berita dalam negara pasukan SPRM menyerbu serta merampas dokumen projek di 13 lokasi Lembah Kelang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang sedang dirunding di China.

Menurut sumber Daim dikatakan berang dan menghubungi Perdana Menteri tentang perkara memalukan itu. Daim menyelar Datuk Seri Shukri Abdull yang mengarahkan operasi SPRM itu. Di kala Malaysia dan China dengan berunding SPRM pula memalukannya. Dikatakan kedudukan Shukri Abdull sedang dalam bahaya untuk mengekalkan jawatan itu.

Sumber SPRM pula masing-masing pegawai kanan tidak mengaku memberikan arahan serbuan itu.

Dr Mahahtir dijadual akan melawat China secara rasmi dalam tempoh secepat mungkin, dipercayai untuk rundingan dua hala. Namun peristiwa memalukan syarikat China itu mungkin akan menyebabkan usaha itu tergendala. China menerima Daim wakil Perdana Menteri sebagai tanda hormat namun kerajaan Malaysia melakukan serbuan ke pejabat syarikat milik China.

https://www.msn.com/en-my/news/national/pm-jelaskan-daim-ke-china-runding-semula-kontrak/ar-AAAhVrg?li=BBr8Mk9

UTAMAEKONOMIDaim berang dengan KP SPRM, Shukri Abdull kerana malukannya di China

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium