Dakwa Shafee langkah terdesak Mahathir? - pakdin.my

PENDAKWAAN terhadap peguam terkemuka Tan Sri Shafee Abdullah atas tuduhan penggubahan wang haram dan pengelakan cukai menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai masa depan sistem keadilan negara.

Shafee dituduh menerima hasil aktiviti haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Tuduhan ini dikemukakan ke atas peguam tersebut kerana beliau menerima cek sebanyak RM9.5 juta dari akaun Perdana Menteri Keenam, Datuk Sri Mohd Najib Razak, yang disyaki terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Sebelum ini Pakatan Harapan mendakwa cek RM9.5 juta tersebut adalah bayaran kepada Shafee sebagai Pendakwaraya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari. Shafee menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan bayaran tunggakan kos guaman beliau kepada Umno sejak berdekad lalu.

Justeru pendakwaan ke atas Shafee kerana bersubahat menggubah wang haram dari skandal 1MDB sangat misteri. Pada suatu ketika mereka mendakwa Shafee menerima wang tersebut kerana mengambil alih tugas pendakwaan ke atas Anwar. Hari ini mereka mendakwa wang tersebut adalah sebahagian aktiviti penggubahan wang haram.

Shafee merupakan peguam utama Najib dalam berhadapan siasatan dan pendakwaan berhubung “private account”di Ambank yang menerima derma politik daripada Raja Arab Saudi.

Najib belum dibuktikan melakukan sebarang kesalahan jenayah penggubahan wang haram, namun peguam beliau sudah didakwa kerana menerima wang dari sumber yang dianggap sebagai akaun penggubahan wang haram.

Apakah selepas ini semua peguam yang menerima wang dari anak guam yang dituduh di bawah kes rasuah akan menerima pendakwaan yang sama? Masyarakat pasti tertanya-tanya apakah tujuan pendakwaan ini untuk melemahkan pasukan pembela Najib dan bertujuan menghalang keadilan?

Pendakwaan ke atas Shafee dibuat selepas beberapa pendedahan oleh pasukan Najib yang dikatakan memberi tanggapan negatif masyarakat kepada kerajaan.

Beberapa hari lalu Najib mendedahkan surat dari kerajaan Arab Saudi yang menunjukkan ada persetujuan untuk menderma kepada “tabung politik” beliau bagi menghadapi pilihan raya 2013.

Pendedahan ini telah menyebabkan kerajaan dan pejabat Peguam Negara berada dalam keadaan tertekan kerana ada bukti bertulis. Ini menolak tanggapan sebelum ini bahawa Najib hanya mereka cerita.

Najib juga mendedahkan beliau telah mengembalikan wang tersebut kepada akaun yang sama. Ini kerana wang tersebut bertujuan memastikan tiada cubaan menjatuhkan kerajaan melalui “pembelian” wakil rakyat. Apabila kerajaan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya dan telah menjadi stabil, maka wang tersebut dikembalikan.

Yang menjadi kontroversi ialah kerana derma tersebut disalurkan melalui syarikat kewangan Tanore Finance Corporation (TFC) yang turut menjadi pengendali bon 1MDB bagi kerjasama perniagaan 1MDB-PetroSaudi.

Selepas pendedahan tersebut, para propagandis dan cybertroopers Pakatan Harapan berusaha menimbulkan keraguan dengan membesarkan bahawa wang tersebut disalurkan melalui TFC adalah bukti Najib menyeleweng dana 1MDB. Ini sahaja satu-satunya alasan yang tinggal bagi membuktikan Najib bersalah.

Sama ada wang tersebut dari dana 1MDB atau kerajaan Arab Saudi hanya akan dibuktikan dalam mahkamah. Sama ada dalam Najib mengetahui ia wang dari Arab Saudi atau 1MDB juga hanya akan ditentukan dalam mahkamah nanti. Itu pun sekiranya ada pertuduhan.

Namun sesuatu yang ramai orang tidak beri perhatian ialah hampir keseluruhan wang tersebut dikembalikan ke akaun TFC.

Malah dalam pendedahan tersebut, Najib menyatakan perbezaan jumlah yang dikembalikan ialah kerana tukaran mata wang yang telah berbeza pada waktu wang didermakan dan ketika dipulangkan.

Mereka yang membaca mula ragu mengenai naratif 1MDB. Jika benar Najib mencuri wang 1MDB, apa keperluan beliau mengembalikan keseluruhan wang tersebut kepada akaun yang sama menderma kepada beliau?

Pendedahan Najib ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi Pakatan Harapan bahawa Najib seorang kleptokrat.

Jika semua wang tersebut dipulangkan ke akaun yang sama maka tidak adalah sebarang aktiviti penggubahan wang haram atau mencuri wang 1MDB oleh Najib seperti yang didakwa mereka.

Selama ini ramai tidak jelas dan menganggap wang yang diterima telah diagihkan kepada akaun-akaun lain di luar negara milik Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Soal sama ada wang tersebut diseleweng dari TFC kemudiannya seperti dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ia bukan di bawah tanggungjawab dan kawalan Najib.

Sebelum pendakwaan ke atas Shafee juga, peguam tersebut telah mendedahkan bahawa bayaran RM9.5 juta tersebut sebahagiannya adalah tunggakan pembayaran khidmat guamannya untuk Umno pada zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Shafee juga mendedahkan bahawa Tun Mahathir adalah orang yang mahukan beliau dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes rayuan Anwar kerana Dr Mahathir tidak yakin pejabat Peguam Negara dapat dapat mengendalikan rayuan secara cekap.

Pendedahan-pendedahan ini memberi kesan negatif yang sangat besar kepada kerajaan. Justeru adalah sukar untuk menyalahkan rakyat jika ada antara kita yang melihat pendakwaan ke atas Shafee ini sebagai “witch hunt” dalam meneruskan agenda “membenam” Najib.

Malah tidak mustahil ada yang melihat tindakan pendakwaan ini sebagai satu cara untuk mengehadkan keupayaan pasukan pembela Najib. Shafee bukan sahaja telah didakwa malah telah ditahan pasportnya.

Kebanyakan tohmahan ke atas Najib membabitkan transaksi dan saksi di luar negara. Apakah tindakan menghalang Shafee ke luar negara ini menunjukkan pendakwa raya telah terdesak?

Pejabat Peguam Negara perlu membuat keputusan sama ada mereka adalah sebahagian sistem keadilan negara atau sekumpulan peguam yang mahu menang ke atas Najib “by hook or by crook” demi kepentingan politik?

Sehingga itu, keputusan-keputusan mereka dalam menangani isu seperti ini akan menimbulkan rasa curiga dan sangsi rakyat terhadap kredebiliti mereka. Kehadiran peguam-peguam luar yang beragenda politik ke dalam pejabat pendakwa raya mengukuhkan lagi rasa curiga itu.

AB JALIL BACKER

………..

https://pakdin.my/shafee-abdullah

https://pakdin.my/1mdb

UTAMAPOLITIKDakwa Shafee langkah terdesak Mahathir?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium