Dakwaan Bahawa PNSB Mengusir Penduduk Orang Asli Suku Mah Meri Di Bagan Lalang Tidak Tepat - pakdin.my

Menurut kenyataan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB):

Merujuk kepada laporan media oleh portal The Malaysian Insight pada 14 Mei 2021 bertajuk “Orang Asli Mah Meri diminta kosongkan tanah untuk projek pelancongan”. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) ingin menjelaskan bahawa dakwaan pengusiran Orang Asli Suku Mah Meri di Bagan Lalang, Sepang dalam tajuk utama laporan berkenaan adalah tidak tepat.

Kerajaan Negeri Selangor selaku sebuah pentadbiran yang telus dan prihatin ke atas permasalahan rakyat telah pun menjalankan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat melalui prosedur dan undang-undang sedia ada. Tanah-tanah yang terlibat dalam isu ini adalah berikut:

  1. Tanah Kerajaan Negeri yang melibatkan Pos PGA (PDRM),
  2. Plot No 70, HS (D) 18373, PT 5250
  3. HS (D) 37248, PT 9925

Isu ini telah bermula seawal tahun 2017 dan lawatan tapak secara rambang sering dilakukan oleh PNSB.

PNSB telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Pejabat Daerah/Tanah Sepang (PDT Sepang) pada 27 November 2020 dan 12 April 2021.

PNSB telah mengikuti prosedur dan tatacara urus tadbir yang telah ditetapkan dalam penyediaan notis pengosongan tapak untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat. Penyerahan notis berkenaan telah dilaksanakan tanpa sebarang bantahan pada 20 April 2021 dan disertai oleh pihak PDT Sepang, PDRM dan PNSB.

Notis pengosongan tapak yang telah dikemukakan pada 20 April 2021 adalah lebih kepada pemakluman kepada penghuni yang terlibat berkenaan kedudukan binaan mereka yang telah memasuki tanah milik PNSB.

Buat masa ini, PNSB mengesahkan penerimaan surat rayuan dari Batin Kampung Orang Asli Bukit Bangkong bertarikh 26 April 2021 yang memohon lanjutan masa pengosongan tapak. Berdasarkan kepada surat tersebut, PNSB terbuka dengan fasa rundingan yang terus berjalan dan bersedia mempertimbangkan rayuan pelanjutan masa pihak penduduk tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek semasa.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selaku anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor kekal komited dan telus dalam segala urusan. Harus difahami bahawa kawasan ini bukanlah penempatan asal suku Mah Meri dan segala keputusan yang akan diambil adalah mengikut prosedur dan lunas undang-undang. Segala persetujuan dan penyelesaian yang akan dicapai kelak akan berlandaskan kepada konsep ketelusan, integriti dan kemanusiaan.

SUMBER:

Twitter Rasmi Menteri Besar Selangor
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


UTAMASEBENARNYADakwaan Bahawa PNSB Mengusir Penduduk Orang Asli Suku Mah Meri Di Bagan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium