Dakwaan Bahawa PPV Kompleks Dewan Komuniti Pantai Seremban Memberikan Vaksin Percuma Kepada Warga Asing Adalah Tidak Benar - pakdin.my

SEBENARNYA:

Mesej tular berkenaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Dewan Komuniti Pantai Seremban, memberikan vaksin jenis Pfizer secara terus dan percuma kepada warga asing bermula dari 1 hingga 3 September adalah palsu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, maklumat tidak sahih itu telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara tersebut yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini kerana mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Pejabat Kesihatan Daerah menafikan tidak membuat sebarang bentuk hebahan mengenai isu yang ditimbulkan.

Mereka juga sedang melakukan siasatan terhadap maklumat pemberian vaksin percuma kepada warga asing ini.

“Setakat ini, Kompleks Dewan Komuniti Pantai hanya menerima kehadiran warga asing untuk domestik sahaja, bukan dalam sektor industri dalam anggaran 50 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

SUMBER:

Sinar Harian
Kosmo

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

UTAMASEBENARNYADakwaan Bahawa PPV Kompleks Dewan Komuniti Pantai Seremban Memberikan Vaksin Percuma Kepada...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium