26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Dakwaan bakal ada kasino di Johor hanya cerita pembangkang

Abd Mutalip…pembangkang cuba berlagak hero rakyat
Abd Mutalip…pembangkang cuba berlagak hero rakyat

Tidak pernah ada cadangan mahupun permohonan oleh mana-mana pihak untuk membina pusat perjudian atau kasino di negeri Johor.

Demikian ditegaskan  Exco Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim sambil mempersoalkan punca penyebaran berita tersebut.

Berita mengenai perkara itu ditimbulkan portal pro pembangkang Malaysian Insider yang melaporkan desakan pakatan pembangkang di Johor supaya tidak membina kasino di negeri itu.

Pakatan Rakyat (PR) Johor pada Khamis mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan negeri memberi jaminan mengenai khabar angin yang tersebar berhubung pembinaan pusat perjudian di Johor.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong.

“Tidak pernah ada sebarang cadangan pun nak bina kasino ini. Sedangkan tidak ada pun syarikat yang memohon untuk membina pusat perjudian dekat Johor, jadi dari mana datang cerita ini?

“Mereka (pembangkang) ini sengaja nak cari isu, padahal tidak pernah ada pun, ini semua khabar angin yang tidak perlu dilayan, kami (barisan exco Johor) lebih senang buat kerja kami dan tidak menyalak tak tentu pasal, memang tidak akan ada kasino di Johor,” katanya kepada bnbbc.my.

Dalam perkembangan yang sama Mutalip menjelaskan bahawa kerajaan negeri juga sedang memantau aktiviti perjudian di sekitar Johor.


Beliau turut melahirkan rasa rasa kurang senangnya dengan pembangkang yang disifatkan ingin mencari ‘perhatian’ itu dengan membangkitkan cerita-cerita tidak benar.

Menurut beliau, pembangkang lebih gemar menimbulkan isu yang tidak wujud dan cuba berlagak ‘hero’ memperjuangkan hak rakyat.

“Saya kurang senang dengan perbuatan mereka ini, sepatutnya mereka membantu untuk berdakwah kurangkan aktiviti berjudi, bukan cari publisiti begini.

“Jangan sebab (Lim) Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) ada cakap tidak akan benarkan pembinaan kasino di negeri dia, itu bermaknan kita di Johor benarkan, itu tidak betul.

“Saya cabar mereka di Kelantan untuk tutup pusat judi, sebab mereka di sanakan kerajaan PAS, saya tau mesti tidak boleh sebab di sana walaupun tak banyak (pusat judi), tetap ada orang Cina (yang dibenarkan berjudi),”  jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menafikan khabar angin ini yang tersebar luas di internet dan menyifatkannya sebagai satu ‘penulisan yang nakal’.

Ini ekoran wujud dakwaan kononnya pusat perjudian akan dibuka di sebuah hotel mewah di bandar raya Johor Bahru seperti disiarkan di dalam sebuah laman blog sehingga tulisan terbabit menjadi perhatian ramai.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...