Dakwaan berterusan Tun M jelas hina proses siasatan pelbagai agensi - pakdin.my

1mdb-peguam-negara

Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tuduhan yang dibuat beliau terhadap syarikat itu hanya berdasarkan andaian tanpa bukti kukuh.

1mdb vs tun mKenyataan 1MDB itu dibuat merujuk artikel terbaru yang dimuatnaik di blog Dr Mahathir yang terus mengulangi dakwaan lama dan terbukti tidak berasas yang diakui beliau adalah ‘andaian’, bukan bukti.

Hakikatnya ialah 1MDB sudah berkali-kali memberikan penjelasan terperinci dan mengemukakan fakta yang membuktikan bahawa Dr Mahathir berulang kali melakukan dakwaan salah berhubung “RM42 bilion yang hilang” daripada 1MDB.

1MDB kata kenyataan itu, lebih suka berurusan secara berfakta dan tidak seperti Tun Mahathir yang bergantung kepada andaian.

Menurut kenyataan itu, akaun 1MDB diaudit firma antarabangsa bereputasi dan sesiapa sahaja boleh mengesahkan fakta dan angka syarikat dengan meneliti akaunnya yang boleh didapati secara umum.

Masyarakat juga tahu bahawa Ketua Audit Negara telah ditugaskan oleh Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015 untuk mengkaji semula semua akaun 1MDB.

Laporan interim mengenainya telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 9 Julai 2015 manakala laporan akhir akan dikemukakan kepada PAC yang terdiri daripada wakil ahli parlimen kerajaan dan pembangkang pada 17 Disember ini.

1MDB masih dan terus menjadi syarikat yang paling disiasat dalam sejarah Malaysia dan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa termasuk SPRM, PDRM, BNM, Jabatan Audit Negara dan PAC yang secara berasingan menjalankan siasatan secara bebas dan terbuka.

Sehubungan itu, 1MDB mempersoalkan samada Dr Mahathir benar-benar berminat mengetahui kebenaran isu 1MDB kerana beliau seharusnya membenarkan agensi-agensi terbabit melengkapkan penyiasatan dan menunggu penemuan mereka.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak berbuat demikian sebaliknya secara bebas terus membuat tuduhan tidak terbukti tanpa sebarang siasatan, tanpa sebarang rujukan kepada fakta dan tanpa langsung menghiraukan kedaulatan undang-undang dan prosesnya.

Sekaligus kenyataan berterusan Dr Mahathir secara jelas menghina peranan pelbagai agensi yang sedang menyiasat 1MDB lantaran Dr Mahathir sehingga kini tidak membuat sebarang laporan polis terhadap 1MDB.

UTAMAEDITORIAL1MDBDakwaan berterusan Tun M jelas hina proses siasatan pelbagai agensi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium