Dakwaan keracunan kenduri berpunca ayam import disiasat - pakdin.my

Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.
Mangsa keracunan makan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan keracunan makanan yang meragut empat nyawa di Kedah baru-baru ini berpunca daripada ayam yang diimport dari Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai dakwaan itu.

“Saya tidak pasti tentang perkara itu…bagaimanapun kita ambil maklum dan akan minta kerjasama daripada Kementerian Kesihatan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci, terutama di kawasan yang kita import itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pengenalan calon-calon bagi Majlis Tertinggi dan Exco sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO, di sini semalam.

Dalam insiden hujung bulan lepas, empat maut akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.

Siasatan mendapati keracunan itu berpunca daripada pencemaran bakteria Salmonella pada daging ayam yang dihidangkan dalam kenduri berkenaan. Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, produk makanan termasuk daging dan ayam yang diimport mesti mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan selain pusat penyembelihan mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau jabatan agama Islam negeri terlebih dahulu.

“Satu ketika dahulu kita pernah menghentikan import bekalan ayam dari China kerana terbabit dengan virus selsema burung dan bekalan daging khinzir juga pernah dihentikan atas sebab-sebab kesihatan.

“Jadi kalau timbul isu virus dan sebagainya Kementerian Kesihatan harus maklumkan pada kita terlebih dahulu dan kita sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam hal ini,” katanya.

UTAMAPOLITIKDakwaan keracunan kenduri berpunca ayam import disiasat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium