Dakwaan yang mengaitkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria bertindak memburukkan kerajaan dalam satu majlis makan malam dengan pihak asing akan disiasat.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai sangat serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau sendiri sudah berbincang dengan Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai perkara berkenaan.
“Saya sudah berhubung dengan menteri dan beliau memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat. Kita anggap ini tuduhan serius dan kita akan siasat,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Isu mengenai dakwaan ke atas Rebbeca itu dibangkitkan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) dan beliau mendesak tindakan tegas diambil kerajaan jika siasatan nanti mendapati dakwaan tersebut benar.
Rebbeca dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mulai 6 Disember 2010 selepas penyandang terdahulu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, bersara wajib.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad memberitahu, laporan Analisis Kos Faedah (CBA) Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) akan diedarkan kepada semua ahli Parlimen mulai minggu depan untuk membolehkan mereka meneliti sendiri kandungan perjanjian sebelum ditandatangani.
Katanya, kerajaan percaya tempoh sebulan tiga minggu yang diberikan kepada ahli Parlimen mencukupi untuk mereka memahami setiap perincian kandungan perjanjian, sebelum Dewan Rakyat mengadakan sidang khas untuk membahaskan isu TTPA.
“Kita mengakui bahawa TTPA ini ada kos dan faedahnya tetapi kerajaan berpendapat, faedah yang akan dinikmati negara adalah melebihi kos. Namun atas dasar ketelusan dan keterbukaan, kita putuskan agar Dewan Rakyat sebagai pentas perbahasan,” katanya.
Sementara itu usaha Utusan Malaysia menghubungi Rebecca gagal apabila talian telefonnya hanya dijawab oleh mesin pesanan suara.
Oops! Accidentally deleted my post.
Re post .
Tan Sri Rebecccca is a scumbag :
Couple of months bck, we were invited…
Posted by Maria Tay on Wednesday, 18 November 2015
Dakwaan Ketua Setiausaha MITI burukkan kerajaan disiasat (video) https://t.co/4uzAXashnt
Dakwaan Ketua Setiausaha MITI burukkan kerajaan disiasat (video) https://t.co/4L801uMgJY
Dakwaan Ketua Setiausaha MITI burukkan kerajaan disiasat (video): Dakwaan yang mengaitkan Ketua Setiausaha Kem… https://t.co/umCKsCK150
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Mohd Arzrin Mad Aris liked this on Facebook.
Cemperas Apit liked this on Facebook.
Ahmad Tipulizam liked this on Facebook.
Ni antara yang kantoi.. ramai lagi org cam dia ni pak din
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Sitiey Auliey liked this on Facebook.
Paklit Alperlisi liked this on Facebook.
Hafiezal Fizal liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Mohdrizal Rizal liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Badshah Ismail liked this on Facebook.
Ciman Salleh liked this on Facebook.
Shafre Bin Jamaludin Shafre liked this on Facebook.
Fauz Ahmad liked this on Facebook.
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.