Dakwaan Ketua Setiausaha MITI burukkan kerajaan disiasat (video) - pakdin.my

Dakwaan yang mengaitkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria bertindak memburukkan kerajaan dalam satu majlis makan malam dengan pihak asing akan disiasat.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai sangat serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau sendiri sudah berbincang dengan Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai perkara berkenaan.

“Saya sudah berhubung dengan menteri dan beliau memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat. Kita anggap ini tuduhan serius dan kita akan siasat,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Isu mengenai dakwaan ke atas Rebbeca itu dibangkitkan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) dan beliau mendesak tindakan tegas diambil kerajaan jika siasatan nanti mendapati dakwaan tersebut benar.

Rebbeca dilantik sebagai Ketua Setia­usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mulai 6 Disember 2010 selepas penyandang terdahulu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, bersara wajib.

Dalam perkembangan ber­asi­ngan, Ahmad memberitahu, laporan Analisis Kos Faedah (CBA) Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) akan diedarkan kepada semua ahli Parlimen mulai minggu depan untuk membolehkan mereka meneliti sendiri kandungan perjanjian sebelum ditandatangani.

Katanya, kerajaan percaya tempoh sebulan tiga minggu yang diberikan kepada ahli Parlimen mencukupi untuk mereka memahami setiap perincian kandungan perjanjian, sebelum Dewan Rak­yat mengadakan sidang khas untuk membahaskan isu TTPA.

“Kita mengakui bahawa TTPA ini ada kos dan faedahnya tetapi kerajaan berpendapat, faedah yang akan dinikmati negara adalah me­lebihi kos. Namun atas dasar ketelusan dan keterbukaan, kita putuskan agar Dewan Rakyat sebagai pentas perbahasan,” katanya.

Sementara itu usaha Utusan Malaysia menghubungi Rebecca gagal apabila talian telefonnya hanya dijawab oleh mesin pesanan suara.

Oops! Accidentally deleted my post.
Re post .
Tan Sri Rebecccca is a scumbag :
Couple of months bck, we were invited…
Posted by Maria Tay on Wednesday, 18 November 2015

UTAMADakwaan Ketua Setiausaha MITI burukkan kerajaan disiasat (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium