30 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Dakwaan menjadikan agama Kristian agama rasmi – Saksi Buat Laporan Polis

 

Dakwaan menjadikan agama Kristian agama rasmi Malaysia.

Selepas dinafikan pelbagai pihak, seorang ahli DAP yang turut serta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei lalu hari ini tampil membuat laporan polis, untuk mendedahkan apa sebenarnya berlaku.

Mohamed Razali Abdul Rahman berkata beliau terpanggil membuat laporan polis selepas kecewa dengan penafian demi penafian dilakukan beberapa pihak, termasuk pemimpin DAP sendiri.

Mohamed Razali, diiringi isteri, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown pagi tadi.
Beliau kemudian memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Beliau mengaku hadir dalam majlis kesyukuran, diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister, minggu lalu.

MOHAMED RAZALI ABDUL RAHMAN / AHLI DAP JELUTONGSaya datang untuk ceritakan apa yang berlaku sebab saya hadir dalam pertemuan itu dan saya buat laporan polis ini sebab kecewa dengan penafian dilakukan pihak terlibat. Mengenai apa yang mereka kata tentang apa yang berlaku dalam pertemuan itu. Saya dah bagitahu semuanya kepada polis dan saya serahkan kepada mereka saja. Beliau turut menjelaskan mengapa baru hari ini membuat laporan polis, selepas hampir seminggu isu berkenaan dibangkitkan.

MOHAMED RAZALI ABDUL RAHMAN / AHLI DAP JELUTONGSaya rasa terpanggil untuk buat laporan lepas tengok penafian sebab sebagai seorang Islam adalah wajib bagi saya untuk beritahu kebenaran sebab itu saya bagitahu apa sebenarnya berlaku.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.
Dua laman blog mendakwa seorang paderi membacakan doa dalam majlis terbabit berikrar menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan seorang kristian sebagai Perdana Menteri.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu kemudian menyiarkan sebagai tajuk utamanya lapan Mei lalu.

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi yang turut menghadiri pertemuan itu bagaimanapun menafikan doa atau ikrar sedemikian dilakukan.

Paderi yang hadir juga turut membuat penafian.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan