Dakwaan Muhyiddin BN Akan Tewas 45 Kerusi Sekadar Syok Sendiri - pakdin.my

20160909-mahathir-muhyiddin-parti-baharu-jpg

Dikatakan pada suatu hari sebaik sahaja mahu bermula Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berdiri dan berkata “Siapa yang tidak lagi bersama saya sila bangun dan berdiri di sebelah kiri dan…”.

Seluruh ahli Majlis Tertinggi senyap dan tiada seorang pun yang bangun berdiri untuk mengaku pendirian. Ini termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal.

DS Najib berkata sedemikian dikala Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie sedang hebat menyerang kepimpinannya.

Ini contoh kejantanan DS Najib di belakang pengetahuan rakyat, sama ketika beliau “confront” Abd Gani Patail berhadapan “one to one” dengan pertanyaan berkenaan konspirasi mahu buat kerja kotor terhadapnya.

Kekerasan soalan dan nada DS Najib yang keras mengakibatkan Gani “spill the bean” dan “Let the cat out of the bag” menyebabkan gagalnya satu kerja anarki.

Persoalan, kenapa Muhyiddin dan Shafie tidak bangun dan nyatakan pendirian? Dimana kejantanan mereka ? Takut hilang dedak?

Tahukah mereka nilai prinsip orang yang keluar UMNO kerana tidak setuju lebih tinggi daripada orang yang disingkirkan?

Perbincangan kita kali ini adalah terhadap Muhyiddin Yassin @ Nika @ Panadol.

Dalam satu ceramah beberapa hari lalu Muhyiddin telah menyatakan bahawa jika PRU14 berlangsung nanti, berkemungkinan BN akan tergadai dan tewas lebih kurang 45 kerusi.

Kenyataan Muhyiddin itu adalah bersandarkan jika ada “vote swing” 4% pada kerusi genting yang dimenangi oleh BN.

Orang pertama memberikan respon kepada kenyataan Muhyiddin itu adalah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tiong Lai berkata, kenyataan dan pandangan Muhyiddin hanyalah retorik semata-mata dan lebih kepada syok sendiri.

Tiada siapa pun meramalkan BN akan menang besar pada dua PRK lalu iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan BN sepatutnya kalah sebab rakyat sudah benci, tetapi sebaliknya BN telah menang cemerlang.

Kedua-dua PRK itu juga disifatkan “referendum” kepada Najib, oleh Tun Mahathir.

Tetapi apabila rakyat memberi undi mereka dengan jumlah yang bertambah, adakah Mahathir dan kuncu-kuncunya menghormati keputusan itu?

Jawapannya tidak, malah Mahathir dan kuncu-kuncunya bertindak lebih kurang ajar dengan mengenepikan pemilihan rakyat seolah olah “referendum” dari rakyat tidak laku serta tidak membawa apa apa makna.

Referendum hanya laku jika BN tewas dan Najib mesti undur, ia tidak laku jika pihak Mahathir dan pembangkang tewas. Ini keadilan bagi mereka.

Mereka inilah sebenarnya “buta kayu” dan jahil mesej rakyat. Terlalu kusyuk kepada kemahuan diri dan “self centered” maka tidak nampak apa apa mesej dari rakyat.

Selepas kenyataan ramalan BN akan tewas pada PRU14, Muhyiddin bercerita pula berkenaan “apa sakit pun hospital kerajaan bagi Panadol”.

Muhyiddin mengkritik kerajaan sedangkan beliau duduk di dalamnya berpuluh-puluh tahun dengan membesarkan punggung sahaja dan sibuk membuat hubungan sulit dengan isteri orang sehingga tidak sedar kepada realiti.

Muhyiddin lebih lama berada di dalam kabinet dan menjadi orang nombor dua UMNO daripada menjadi “President designated” Parti Bunga yang baru sebulan dua ditubuhkan. Namun cara Muhyiddin bercakap seolah-olah beliau sudah menjadi pembangkang selama 40 tahun dan tidak pernah berada dalam kerajaan.

Agaknya Muhyiddin bukan dari kalangan mereka yang “performed” dan mencapai KPI ketika berkhidmat dalam kerajaan, itu sebab beliau tidak tahu banyak hal, dari 1MDB hingga ke operasi hospital kerajaan.

Atau mungkin sibuk dengan urusan “Bestari.Net” nya dengan YTL.

Patut pun ketika Muhyiddin disepak keluar dari UMNO kerana tersalah pilih bos, kerana menyangka bosnya adalah Mahathir. Tiada berbondong-bondong pun ahli UMNO meratap tangis dan berpusu pusu berlori-lori ramainya datang ke rumah beliau, seperti ketika Anwar Ibrahim disingkirkan.

Muhyiddin sebenarnya adalah “individu” tidak popular, hanya kerana UMNO sahaja beliau dihormati.
Setelah bertahun tahun jadi Timbalan, hanya beberapa kerat Ketua Bahagian sahaja yang menyukainya. Zahid Hamidi sendiri lebih banyak penyokong daripada Muhyiddin yang menjadi timbalan.

Maka kepada topik kita berkenaan ramalan Muhyiddin pada PRU14, kita anggap sahaja ia satu kenyataan untuk “morale booster” kepada semangat yang semakin luntur dan meleset dari mereka yang menyokong Parti Bunga.

PRK yang lalu pun ramalan mereka salah, apakah PRU14 yang dijangka dalam 10 bulan atau lebih akan membuat ramalan mereka lebih tepat?

Esok bukan milik manusia, ia milik tuhan macam macam mungkin boleh terjadi. Segalanya berkemungkinan.

Yang pastinya adalah Presiden UMNO dan ahli UMNO membuat kerja terbaik melawan orang seperti Muhyiddin dan Mahathir yang sudah kaya raya melalui UMNO dan kini berdendam kerana disisihkan.

Tindakan DS Najib adalah tepat, siapa mahu memerintah bertandinglah, bukan guna orang lain menjadi “remote” untuk disuruh arah dan dijadikan barua.

Menafikan kehendak peribadi Mahathir adalah tindakan terbaik DS Najib, kerana Presiden Parti Melayu UMNO bukan orang suruhan Mahathir atau kroninya untuk laba kekayaan dan bantu naikkan zuriatnya.

Kita pertahankan institusi Presiden UMNO dan kebetulan DS Najib adalah institusi itu diwaktu ini.

UTAMAPOLITIKDakwaan Muhyiddin BN Akan Tewas 45 Kerusi Sekadar Syok Sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium