25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Dakwaan Rasuah RM10 Juta: Selepas Unisel, SPRM Serbu Pejabat SUK Selangor Dan Jana Niaga

SEBELAS pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki kampus Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam dan pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), hari ini.

Ia dipercayai membabitkan siasatan terhadap isu pertikaian kontrak antara UNISEL dengan syarikat konsesi, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Dua pegawai SPRM tiba di bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14 yang menempatkan pejabat MBI di tingkat 14 pada 10.43 pagi.

Tiga lagi pegawai dilihat tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Manakala enam pegawai lain tiba di kampus UNISEL kira-kira 10 pagi tadi dan memasuki bahagian pentadbiran UNISEL di Seksyen 7 dengan diiringi pegawai universiti itu.

Difahamkan, SPRM turut membuat serbuan di pejabat JNSB di Desa Pandan dan kampus induk UNISEL di Bestari Jaya.

Isu membabitkan penyelesaian antara UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepasPergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung penyelesaian itu yang didakwa meragukan.

Ketua Pemuda UMNO Kelana Jaya, Maisham Maarof dalam laporannya antara lain mendakwa penyelesaian pertikaian oleh MBI dan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) membabitkan jumlah puluhan juta ringgit.

Maisham turut mempertikaikan tindakan universiti itu menganugerahkan kontrak baru kepada JNSB yang didakwanya melanggar perjanjian konsesi terdahulu.

Sementara itu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu.

Beliau berkata, kenyataan media akan dikeluarkan selepas ini.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan