26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Dakwat Kekal: Anwar Buat Laporan Polis Palsu

Mengapa Anwar tidak membuat laporam polis pada 5 petang 5/5/2013? Anwar tidak basuh jari ketika solat Zohor?
Mengapa Anwar tidak membuat laporam polis pada 5 petang 5/5/2013? Anwar tidak basuh jari ketika solat Zohor?

Setelah tidak tahan disindir kerana tidak membuat laporan polis terhadap ‘penipuan’ yang berlaku dalam PRU-13, akhirnya pada 27 Mei 2013 Anwar pun menyahut cabaran itu.   Bagaimanapun, di dalam laporan tersebut, Anwar langsung tidak menyebut mengenai ‘penipuan SPR’ sama ada kejadian mengundi dua kali, tidak dibenarkan mengundi, pengundi hantu atau peti undi bertambah selepas ‘blackout’.

Satu-satunya ‘penipuan SPR’ yang dilaporkan hanyalah berkenaan dakwat kekal yang tidak kekal di jarinya.

Beliau diiringi Wan Azizah telah membuat laporan itu pada jam 12.30 tengah hari di balai polis Tropicana dekat Kuala Lumpur.  Dalam kenyataanya, beliau menerangkan sebagai melaporkan seperti berikut: “Saya mengundi pada pukul 9.30 pagi di Kubang Semang, Parlimen Permatang Pauh. Saya basuh jari yang dicalit dakwat kekal pada pukul 5 petang pada hari yang sama dan saya dapati dakwat itu hilang.

Namun, perkembangan terbaru telah mendedahkan pertemuan Anwar dengan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla selepas pilihanraya, yang mana Jusuf Kalla telah mempersoalkan dakwat yang masih ada di jari Anwar.

Jusuf Kalla dilaporkan berkata pada Anwar, “kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang.

Nampaknya, Anwar berbohong lagi.  Bagaimana Anwar membuat laporan polis konon dakwat di jarinya hilang sedangkan Jusuf Kalla masih boleh melihatnya beberapa hari kemudian?   Apakah Anwar akan menuduh Jusuf Kalla berbohong bagi menyelamatkan dirinya?

Dalam pertemuan yang sama, Jusuf Kalla mempersoalkan kewarasan Anwar kerana berdegil ingin menjadi Perdana Menteri.   Katanya, “Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!”.

Tambahnya lagi, “jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)”.

Beliau juga turut menempelak penipuan Anwar berkenaan pengundi hantu, “Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya”.

Sebenarnya, kita di sini sudah berbuih memberi penjelasan kepada penyokong Anwar mengenai perkara yang sama, dan nampaknya Jusuf Kalla juga menggunakan hujah-hujah yang sama dengan kita bagi menepis kegilaan Anwar.   Jelas, sesiapa sahaja yang waras sudah pasti dapat memikirkan hujah-hujah ini, dan hanya orang gila sahaja yang mendesak kepada perkara yang tidak logik.

Maka tidak hairanlah Jusuf Kalla menggambarkan Anwar sebagai “hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau”.

Apa yang pasti ialah Anwar tidak mampu membuat laporan polis mengenai pengundi hantu dan ‘blackout’ kerana kedua-dua isu ini tidak wujud sama sekali.  Justeru, satu-satunya peluang untuk menimbulkan kekecohan ialah isu dakwat kekal.

Namun, kini terserlah sudah bahawa isu dakwat kekal juga Anwar telah membuat laporan polis palsu.   Justeru, hanya satu kesimpulan yang dapat dipaparkan di sini iaitu:  Apabila ianya Anwar, ia pasti menipu.






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan