Dan Tuhan membuka hijab

Apabila DS Najib Razak tumbang pada 9 Mei, saya sepertimana sebahagian rakyat yang lain berharap akan ada kisah-kisah buruknya yang dapat dibuktikan oleh kerajaan sedia ada.

Tetapi setelah hampir setahun, ceritanya terbalik. Kisah kisah duit yang ditransaksi bagi kepentingan diri langsung belum ada asas bukti. Yang didedah di mahkamah kebanyakannya duit yang diberikan bagi membantu pendidikan keluarga balu, pembaikian bekalan air bagi imarah pelajar tahfiz dan penyaluran dana yayasan bagi kebajikan rakyat.

Mana transaksi duit negara yang diguna bagi pembelian berlian pink, beg Birkin dan jam Hublot Big Bang? Mana RM1 bilion tunai dan barang berharga yang dirampas dahulu kononnya hasil rompakan perbendaharaan negara?

Malah dalam mahkamah juga dibuktikan bagaimana beliau dan keluarga sebenarnya tidak begitu kerap tinggal di istana ratusan juta Seri Perdana Putrajaya. Sebaliknya lebih banyak hidup berkeluarga di kediaman peribadinya di Langgak Duta. Ini apa? Beliau sebenarnya diktator jenis apa?

ECRL yang dinista sebagai projek mahal yang membayar hutang 1MDB, rupanya berharga sebegitu kerana kerasnya tekad beliau untuk menyeimbangkan ekonomi antara dua kawasan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia.

Tun Razak Exchange yang dikata sebagai bukti beliau menjarah negara akhirnya diiktiraf sebagai antara aset terbaik kita oleh kerajaan semasa.

Bandar Malaysia yang dikatakan menggadai pertahanan negara kerana didirikan di atas tanah asal Airport Sungai Besi akhirnya diteruskan kerajaan baru dan diakui sebagai projek yang akan menjana ekonomi dan menggerakkan pelaburan dari pelusuk dunia.

Kawasan Perindustrian Kuantan China-Malaysia (MCKIP) seluas 3000 ekar yang dikatakan bukti beliau menjual tanah ibunda, rupa-rupanya dibalas dengan 7,400 ekar tanah industri di Qinzhou (CMQIP) oleh kerajaan China.

Sehinggakan pelaburan di sana pada awal 2017 sahaja mencecah USD5 bilion dan menghasilkan manfaat ekonomi besar buat negara.

Kita mengharapkan kejahatan beliau dibongkar, tetapi Tuhan menetapkan bagaimana satu demi satu hijab kebaikannya dibuka.

Jadi yang gigih menyebar dan berdondang tentang penyelewangannya dahulukala, bagaimana sebenarnya kalian masih mampu tidur malam dengan lena?

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

#AmbilSemulaNegaraKitaDariDap
#ReclaimOurNation

http://pakdin.my/najib-razak

Loading...

33 COMMENTS

  1. Kalau mahu sedekah, taraf harta harus sahih, mestilah sedekah pakai duit kepunyaan

    Peguam shafee abdullah sendiri maklum bahawa anakguam beliau tidak tahu pun dari mana sumber kemasukan ke akaun yg dibicarakan

    Dari src ke, dari kwap, atau dari mana

  2. Sb DS tahulah duit tu bukan yg hak dia pulang kan yg berhak.kaedah sedekah..same MCM gaji yg kite dapat tiap2 bulan .bukan 100%gaji tu dari
    Titik peluh kite..nk bersih kan sedekahkan..zakat.baki tu baru lah hasilnye
    Selebih nye Allah SWT yg tahu.. Semua tu perancangan Allah SWT .kite sape.cume Hambe
    Sb jgn pulak kite jadi hakim jalanan terus jatuh hukum..

  3. Puak2 kapir harbi mmg sentiasa irihati terhadap org melayu… jadi org melayu islam liberal sentiasa busok hati terhadap dsnr membantu org melayu yg kesusahan… hasut rakyat pelbagai cara… allah maha adil maha melihat..

  4. Cuba rata2 rakyat malaysia.minta tunjuk dimana pm.tpm.dan menteri2 lain.waktu solat maghrib.isyak.subuh.mereka duduk mana…?
    Duk masjid ke duk mana??? Tak pernah tunjuk.terutama sekali menteri agama yg begitu lantang suara …

  5. Ini semua kerja dan fitnah besar yg dipimpin oleh seorang tua yg sudah hampir menyembah bumi….pakat2 terimalah dosa yg sgt2 dimurkai oleh Allah ….Hidup Boosku….hancurkan PH….laknatullah…..

  6. Allah membela DSNR d mahkamah, Allah makbulkn doa2 orng2 yg traniaya n Allah makbulkn doa2 dri rakyat yg sentiasa mendoakn kejayaan n kemenangn utk DSNR, semuga DSNR sentiasa d dlm peliharaan Allah…. alhamdullillah, aamiin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here