Dana RM2.6 Bilion Akan Dijawab 3 Disember Ini - pakdin.my

dewan-rakyat

Kerajaan akan menjawab mengenai isu dana politik RM2.6 bilion pada sesi soal jawab pada hari terakhir sesi persidangan Dewan Rakyat penggal ini.

Ia berkenaan dengan dana politik yang disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, semua persoalan yang dibangkitkan berhubung perkara itu akan dijawab pada hari terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.

“Kita akan jawab pada sesi akhir pada 3 Disember ini.

“Peraturan mesyuarat tidak menyatakan jawapan tidak akan diberikan pada hari yang saya soalan itu ditanya, jadi kita akan kumpul kesemua soalan dan jawapan pada satu masa,” katanya dalam satu temuramah di Parlimen pada Khamis.

Ditanya sekiranya Najib akan hadir bagi menjawab soalan itu sendiri, Azalina berkata, ia bergantung kepada beliau untuk memutuskannya.

UTAMAPOLITIKDana RM2.6 Bilion Akan Dijawab 3 Disember Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium